Memaparkan catatan dengan label Twintech kolej. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Twintech kolej. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

TCS COLLEGE - 4 Tips bikin panas hati supaya korang rajin belajar!

Tips yang aku nak kongsikan ni memang khas untuk pelajar Tcs College, sebab ni berdasarkan apa yang aku tahu selama 3tahun lebih belajar di sana. Sebelum korang baca tips ni, pergi la cuci
kain
muka dulu, supaya korang tak tension bila dapat tahu pasal tips ni. Mungkin ada yang dah tahu, tapi "ignore je". Lepas ni, jangan dibiarkan je. Bukan apa, untuk kebaikan korang gak! ;P

Rasanya, ipta/ ipts yang lain pun sama je kan?

1. Awas! Bukan korang je terima itu slip keputusan setiap sem!

- Apa? Korang ingat korang je ke yang dapat slip keputusan setiap sem? Hohoho.. Maaflah, mak bapak pun dapat sekali sebab pihak tcs college akan hantar salinan keputusan korang. Ngeh3. Jadi, rajin2 lah belajar. Aku tahu, ramai yang mak bapak diorang tegas, siap la kalau cgpa / keputusan menurun / ulang semula subjek. Nak kelentong? Tak payah! Gerenti "fail" nyer! Wakakaka..

salinan-resultsem-parentcopy-tcs-college

2. Keputusan teruk? Kena buang kolej nanti!

- Ya! Betul! 2 kali ke kalau gagal (cgpa 2.0 ke bawah) terus kena buang kolej? Entah, aku lupa. -.-"

- Tapi, hati2 la. Jangan sampai kena buang kolej, buang masa + duit korang je.

3.  Pinjaman Mara & Ptptn mungkin kena tarik balik!

- Kalau korang baca balik "syarat perjanjian pinjaman", memang ada kena sebut pasal ni. Jadi, hati2 la. Kalau menangis keluar
taik mata
air mata darah pun dah tak guna. *It's too late, to apologize~*

4. Woi! Slip tu nanti korang nak guna untuk minta kerja!

- Haa! Ni paling penting, ingat sampai
esok
bila-bila! Jangan la malas-malas belajar cam aku dulu, sebab nanti slip keputusan setiap sem tu korang nak kena guna untuk minta kerja. Kalau takat cgpa yang hancur korang nak tunjuk waktu temuduga, Wakakaka. Entahlah, kira nasib la kalau korang dapat kerja tu. ;P

P/s : Cukup2lah tips tu. "Tension" korang nanti. Apapun, selamat belajar! Aku doakan semoga korang bahagia belajar di tcs college. Wakakaka.

Artikel diculik di: 4 tips supaya korang rajin belajar (tcs college)

Isnin, 30 Ogos 2010

Tukar jadual kelas baru masa test 1 (twintech kolej)


Tentu korang benggang kan dengan twintech kolej ni. Asyik2 tukar jadual kelas, baru minggu ke-4.
Tukar lagi jadual baru..  Lepas raya ni, tak tahulah. Kalau tukar lagi, innalillah.
Kritikal sangat2lah tu..

Semalam baru selesai tukar jadual baru.. 2 kelas yang saya ikuti ditutup gara-gara terlalu sedikit pelajar dan twintech kolej perlukan lebih banyak kelas kosong memandangkan ada sesetengah kelas terlalu ramai pelajar. Dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Registration sebab "Friendly" fire. Tak ada yang bad mood masa nak uruskan bab2 ni.. Al maklumlah, bukan seorang dua yang ada masalah dengan jadual baru. Kebanyakkannya "clash" kelas (clash = 2 - 3 kelas pada waktu/masa yang sama).

Masalah jadual ni dah terjadi sejak dulu kala lagi.. Cheh... =D
Rasanya, sebelum saya mula menjejakkan kaki di twintech kolej sudah wujud masalah ni. Jadi, apa pendapat/idea korang? Macamana nak kurangkan @ menyelesaikan masalah ni dari wujud lagi? Ada idea tak? Kalau ada, mari kongsi di sini...