Memaparkan catatan dengan label Twintech college sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Twintech college sarawak. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

TCS COLLEGE - 4 Tips bikin panas hati supaya korang rajin belajar!

Tips yang aku nak kongsikan ni memang khas untuk pelajar Tcs College, sebab ni berdasarkan apa yang aku tahu selama 3tahun lebih belajar di sana. Sebelum korang baca tips ni, pergi la cuci
kain
muka dulu, supaya korang tak tension bila dapat tahu pasal tips ni. Mungkin ada yang dah tahu, tapi "ignore je". Lepas ni, jangan dibiarkan je. Bukan apa, untuk kebaikan korang gak! ;P

Rasanya, ipta/ ipts yang lain pun sama je kan?

1. Awas! Bukan korang je terima itu slip keputusan setiap sem!

- Apa? Korang ingat korang je ke yang dapat slip keputusan setiap sem? Hohoho.. Maaflah, mak bapak pun dapat sekali sebab pihak tcs college akan hantar salinan keputusan korang. Ngeh3. Jadi, rajin2 lah belajar. Aku tahu, ramai yang mak bapak diorang tegas, siap la kalau cgpa / keputusan menurun / ulang semula subjek. Nak kelentong? Tak payah! Gerenti "fail" nyer! Wakakaka..

salinan-resultsem-parentcopy-tcs-college

2. Keputusan teruk? Kena buang kolej nanti!

- Ya! Betul! 2 kali ke kalau gagal (cgpa 2.0 ke bawah) terus kena buang kolej? Entah, aku lupa. -.-"

- Tapi, hati2 la. Jangan sampai kena buang kolej, buang masa + duit korang je.

3.  Pinjaman Mara & Ptptn mungkin kena tarik balik!

- Kalau korang baca balik "syarat perjanjian pinjaman", memang ada kena sebut pasal ni. Jadi, hati2 la. Kalau menangis keluar
taik mata
air mata darah pun dah tak guna. *It's too late, to apologize~*

4. Woi! Slip tu nanti korang nak guna untuk minta kerja!

- Haa! Ni paling penting, ingat sampai
esok
bila-bila! Jangan la malas-malas belajar cam aku dulu, sebab nanti slip keputusan setiap sem tu korang nak kena guna untuk minta kerja. Kalau takat cgpa yang hancur korang nak tunjuk waktu temuduga, Wakakaka. Entahlah, kira nasib la kalau korang dapat kerja tu. ;P

P/s : Cukup2lah tips tu. "Tension" korang nanti. Apapun, selamat belajar! Aku doakan semoga korang bahagia belajar di tcs college. Wakakaka.

Artikel diculik di: 4 tips supaya korang rajin belajar (tcs college)

Jumaat, 17 Disember 2010

Kisah Benar Ala2 Mr. Bean Waktu Final Exam


P/s: Sebelum ku mula bercerita, ingin diingatkan terlebih dahulu. Kisah ini merupakan kisah sebenar, baru je berlaku beberapa jam sebelum nukilan ini ditulis. Mungkin cerita ini agak menunjukkan diri ini bebal atau seorang yang super malang macam Mr. Bean, tapi itulah yang terjadi. Semoga menjadi iktibar.. (Sebarang komen, ketidakpuasan hati,umpat mengumpat adalah dilarang sama sekali, kalau buat juga.. Lu tanggunglah sendiri). Nukilan ini ditulis sekadar untuk iktibar buat diri dan sebagai tanda peringatan sewaktu belajar di TCS.

Hari ini, dalam sejarah manis dan masin hidupku, antara lucu + tragis terjadi sesuatu yang tidak ku sangka-sangkakan. Macam mimpi become realiti pula. Tapi, dah terjadi, apa boleh buat. Gelak aje la.. Hahaha. Hari ini, Exam bermula pada jam 9 pagi, aku sampai ke kolej tepat jam 8.41 pagi. Aku tahu sebab aku tengok jam handphoneku Nokia 6120 classic *Promosi sikit*..


Masih sempat study ni, kataku dalam hati... Dalam keadaan yang serba panik (nak cepat ke library kononnya), aku terus menuju ke notice board di mana jadual Final Exam ditampalkan. tiba-tiba aku terperasan DDW. kod subjek yang aku nak Exam kejap je lagi. Tertulis di sana tempat peperiksaan di CIDB, blok A, seconds floor. Wah!! ish2.. Dari sebut wah,kan bagus lagi mengucap "subhanallah".. Tapi dah terlanjur sebut wah. Aku terkejut tak macam beruk. Macam tak percaya!

Memandangkan tempat peperiksaan untuk subjek tersebut dibahagikan kepada 2, di blok C dan CIDB. Aku buat keputusan untuk memastikan terlebih dahulu nama aku ada ke tak dalam senarai calon yang ambil Exam di blok C. Ku cari turutan nama yang bermula dengan huruf M. Ku perhatikan seketul demi seketul... Mana nama aku ni? Xda pula.. (Kataku dalam hati)...

Adui,gelisah dah dalam hati walau luaran nampak cool & refreshing! Apa lagi, tanpa berfikir untuk kali ke - 1000, Aku terus mengorak langkah menuju CIDB.. Pergh!! Mula-mula berjalan bersemangat, siap kata dalam hati benda ini terjadi ada hikmahnya. Konon-konon hikmahnya aku dapatlah study lebih sikit sebab aku mengagak mungkin akan tiba lewat ke dewan peperiksaan. Baru beberapa minit berjalan, adui.. Lenguhnya kaki.. Hehe.. (nak surrender je rasanya time tu, tapi gara2 Final Exam, teruskan juga).

Tanpa membuang masa, walaupun masa tu tak dapat dibuang... Aku cuba membaca sambil berjalan menuju destinasi iaitu CIDB.  Mak ai...Susah juga ek, makin banyak yang dibaca makin binggung kepala ni. (Ingatkan dapat buat kerja 2 in 1, konon macam senang. Ambik ko, susah giler..)

Dengan takdir Tuhan, you and I mana tahu, cun-cun kul 9 pagi aku sampai di CIDB (Dalam bangunan dah). Mula-mula binggung juga kenapa xda senarai nama kat luar pintu. Selepas ketuk 2,3 kali, Sekali, pintu yang ketiga nun jauh di sana terbuka.. Alalala... Di sana rupanya.Patut lah pintu lain terkunci. Ish2.. Bila masuk je, terus diberitahu hanya budak Accounting je ambil Exam. Budak-budak lain semua ambil Exam kat blok C. Alamak (Terkeluar pula perkataan Alamak.. Dah la orang tengah Exam, aku bercakap dengan kuat + selamba lagi tu).. Ish3.. Tapi last2, pemeriksa/penjaga dewan peperiksaan memberi kebenaran kepadaku untuk ambil Exam di sana je. Fiuh! Syukur tak terkata time tu. Aku terus mengambil semua alat tulis peralatan  yang diperlukan dan duduk di tempat yang disediakan.

Baru je duduk, berderai air longkang peluh membasahi seluruh tubuh ala2 mandi hujan. Tadi masa berjalan xperasan sangat. Rasa xselesa, panas. Badan pun rasa berat semacam mungkin sebab berjalan dari tadi.. Letih wooo...

Mula2 tadi memanglah rasa syukur giler sebab xperlu ulang alik gi kolej untuk ambil Exam, tapi sekali bukak je Exam paper. Nah! Ambik ko! Soalan berbelit2, pastu 4 soalan lari dari apa yang ku jangka akan keluar. Terus otak jem, macam traffik jem. Masa tu, timbul satu perasaan macam  the end of the world pula..

Tu baru dunia. Exam je, bleh retake lagi... Di akhirat nun jauh di sana, lu pikirlah sendiri! Wall'ahu alam.. Dari situ,timbul motivasi dalam diri untuk :

  1. Tidak lagi menangguh2kan study kalau xmau repeat paper lagi.
  2. Lain kali, more hati2. Jangan terlalu panik, kang jadi lagi sekali macam ni..
  3. Di hari pembalasan, tiada tapi2, excuse apatah lagi. Jadi, kenalah buat yang terbaik agar xmenyesal xsudah nanti.
Akhirnya, bak kata My friend : Jika kau fikirkan ko boleh, ko pasti boleh melakukan!! Terus ku keluar dari Dewan, selepas 1 jam 15minit berkerut dahi.. Waktu nak keluar, pergghh.. Lagi sadis.. Nak keluar tu, dua2 tangan pegang barang. tangan kiri pegang alat tulis, tangan kanan pegang beg. Ku cuba membuka pintu menguna tangan kanan. Perghh.. Terhentak... Dum!! bunyinya.. Kali kedua cuba buka lagi.. Dum..bunyi kakiku menahan pintu agar xtertutup dengan sendiri lagi.. tak cukup tu, waktu nak keluar dari pintu,keluarkan tangan kanan yang sedang memegang beg.. Gedebung..gedebang.. Terhentak kat pintu.. Pastu pintu tu lagi tertutup dengan sendiri.. Gedebum!!.

Hahaha... Hancur2... Pengganggu terulung orang tengah Exam betul la aku ni.. Ish3.. (Pintu tu mengunakan sistem pintu jenis yang ada slide di atas, yang membolehkan pintu tu tertutup sendiri)..  Tak cukup mengganggu orang tengah Exam, repeat paper + entend sem la jawabnya aku ni.. Aduhai..

Kisah ala2 Mr. Bean ku belum terhenti sampai di situ, cun pula waktu aku nak keluar. Ada lagi seorang mamat ni keluar dari dewan peperiksaan. Dengan selambaku bertanya, dapat jawab ke Exam tadi? kemudian, terus dia membalas, saya pemeriksa... (Alahai, hahahaha)...

Tergelak2 sorang-sorang aku sampai balik rumah bila pikir apa yang baru terjadi.. Adui.. Sakit perut.. Tapi, sedih juga ni sebab kena extend sem + repeat paper ni.. Alaaaaaa.....

P/s: Kesilapan yang aku lakukan sewaktu melihat jadual tu berkaitan dengan Kod subjek/kursus dengan Kod Program. Kalau tak faham juga, abaikan..

The End...

Jumaat, 26 November 2010

Dapatkan Kerja Yang Diingini Sambil Menang Rm300!


Pernah dengar tentang Job Central? Job Central merupakan salah satu laman web yang menemukan bakal majikan dengan bakal pekerja. Maksudnya, anda boleh memohon pekerjaan melalui laman web ini. Dimaklumkan, telah ramai yang berjaya mendapat pekerjaan yang diingini melaluinya.

Namun, yang paling menarik mengenai laman web ini ialah anda berpeluang memenangi Rm300 dan Ipod. Cepat- cepatlah mendaftar! Kalau tak,rugi! :P

Klik sini untuk mendaftar:  DAFTAR

Isnin, 22 November 2010

Ahad, 31 Oktober 2010

Majlis Ilmiah (Twintech college sarawak)


Jumaat - 29/10/2010

Hari yang dinanti2kan telah tiba di mana satu majlis ilmiah telah selamat diadakan di Kolej Twintech Sarawak. Majlis ini dihadiri oleh beberapa tenaga pengajar serta pelajar-pelajar Islam di Kolej Twintech sendiri. Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang hadir pada ketika itu, kalau nak tahu juga, tanya pada lecturer yang bertugas ketika itu. =)

Di dalam Majlis Ilmiah tersebut, beberapa perkara penting telah disampaikan dan tujuannya tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan semua pelajar terhadap erti hidup ini. Saksikan seketul sekerat daripada video yang sempat dirakamkan.



Cara penyampaian agak santai . Di samping menyedarkan pelajar, kami (pelajar) agak terhibur dengan apa yang disampaikan. Kalau tak percaya, cuba tengok video di atas. Tidur Ketawa je sepanjang masa.. Apapun, korang boleh download video diatas tu di sini:

-->  Download

Bagi sesiapa yang tidak dapat mendownload atau menonton video di atas, biar saya kongsikan sedikit apa yang disampaikan di dalam video tersebut. Antaranya, pemilihan nama.. Contoh nama Azura.. Punya nampak cantik, tapi maksudnya ta** Asu (anjing)..

Selain tu, mengenai akidah orang terdahulu iaitu Bilal bin Rabah. Sewaktu diseksa oleh tuannya di tengah padang pasir yang panas terik dan diletakkan batu besar di atas perutnya, dia tetap menyebut Ahad! Bermaksud Esa. 1 tiada duanya.. Tetapi kita pula zaman sekarang bila mak bangunkan... Sudin, bangun! Sembahyang subuh! Kita jawab: Ahad! Ahad!... maksudnya cuti lah mak oi....  Ada2 je..

Fikir2kanlah...

Rabu, 20 Oktober 2010

Aku rasa (twintech college sarawak)

Bukan rasa oren, atau apple...
Cuma rasa nak update blog ni. Nak ubah suai.. Lepas ni cadang nak buat post pasal Trick2 macamana korang boleh dapat pointer tinggi dan sewaktu dengannya...  Yang penting bukan dengan cara rasuah ke apa..Haha..

Kolej Twintech ni pun xlama lagi nak tukar nama. Patutkah diteruskan blog ni?Atau bina blog baru? Rasanya, teruskan kot. Bila ubah je nama kolej ni, kena lah berjuang abis2san untuk conquer keyword dalam search engine pasal kolej. Aduh... Mesti korang binggung apa benda yang aku merepek ni. Yang penting bukan buat kerepek pisang...

Cuma sekadar salah satu cara untuk menarik pelawat ke blog ni. Korang semua gi masuk blog ni melalui google atau yahoo,msn kan? Tu semua search engine. Korang jumpa blog ini bila korang taip perkataan Twintech college sarawak. Betul x? Benda ni dikenali sebagai seo atau search engine optimization. Macamana seorang blogger cuba memastikan blog yang dihasilkannya berada di kedudukan teratas dalam search engine bila orang cari perkataan tertentu. Sebagai seorang blogger, pelawat sangat penting.
Kalau x, blog yang dibuat macam syok sendiri.. Ye la, sorang2 buat..xda orang masuk. Sendiri baca lah apa yang ditulis..

Test 2 pun dah lepas... Macamana test korang? K.O ke K.O?
Xda jawapan lain, jawab je K.O.. haha

P/s: Kalau ada apa2 pandangan, kongsi fa choi la kat sini...

Rabu, 29 September 2010

Twintech college sarawak - The election day to choose the new President of Student Council


Sudahkah anda mengundi?XD
Hari ini Rabu - 29/10/2010 ialah tarikh keramat bagi Twintech College Sarawak kerana buat pertama kalinya mengadakan hari undian secara besar2an untuk mencari President of Student Council!

Macam2 gelagat manusia yang dapat dilihat pada waktu itu, mula2 masuk.. Fuh! Kaget (bukan kangen band), melihat ratusan pelajar Twintech berkumpul di dalam dewan CIDB. Tak tahulah apa nama dewan ni. Yang penting, ianya dewan. Hohoho.

Selepas mencari tempat tidur yang sesuai untuk duduk, sesi bertemuramah berucap oleh kedua2 calon pun bermula. Dan yang saya dapati, kedua2 calon mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan undi dari pelajar lain. Penggunaan video sememangnya menarik dan tidak membuatkan pelajar berasa mengantuk tetapi ada kekurangan sewaktu video itu ditayangkan. 

Apa dia? 

Tujuan... Matlamat.. Video yang dipertontonkan hanyalah lebih kepada gambar2 calon dan ahlinya. Pada pendapat saya, daripada korang tayangkan gambar, adalah jauh lebih baik korang terangkan matlamat/bagaimana korang mampu mengubah kolej ini menjadi kolej terbaik buat kami pelajar2 Twintech yang lain seperti video aksi yang mana menunjukkan kesungguhan, komitmen dan sebagainya.

Tidak cukup itu sahaja, tindakan! Action! Tindakan menampal gambar2 sememangnya berguna sewaktu berkempen agar pelajar lain mengenali calon, namun di situ pun terdapat kekurangan. Berbeza dengan 
calon yang saya undi, dia lebih fokuskan kehendak pelajar yang inginkan perubahan terbaik di Kolej ni.
Maaf! Saya bukan penyokong Pas, Bn atau pun parti keadilan sebab umur belum cukup 21 tahun untuk mengundi. Hoho. Namun, saya menyokong Parti FINE. XD

Saya suka dengar perkataan ni "I love you guys"...
"Went we love someone/peoples, we wont hurt them, but we give them all the best we can!"

Hoho.. Kata2 yang bermakna, dan ditunjukkan pula dengan tindakan (Sewaktu orang lain sibuk promosi tampal gambar sana sini, dia pula siap gi buat survey pelajar2 lain untuk mendapatkan pendapat, cadangan dan sebagainya)... Itulah sebab nya we choose you Boh!XD

We hope for the best, and we think your are the best!

Jom ramai2 add President Student Council kita kat Facebook, klik sini:  Leong Boh Ling

Oh ya, sewaktu pengiraan undian dibuat, banyak undi dikira rosak/tidak dikira!
Kenapa? Sebabnya:
  1. Ada pelajar yang tanda pangkah (X) pada kedua2 parti.
  2. Ada pula pelajar yang tanda betul pada parti pilihannya (Ni kes salah format.hoho)
  3. Ada yang langsung tidak tanda apa2.
  4. Ada pangkah kecil dan terlalu kecil.
  5. Ada yang terlalu strict (tegas) dalam mengira undi. Mana2 tanda pangkah yang tak dilukis sepenuhnya dikira rosak. Woaaaa... Tak adil!
    Bagi saya, daripada main tanda2 pangkah memangkah ni, lagi bagus guna cop. Kan senang! Pegang, Tekan, Masuk (masukkan kertas dalam kotak undi).. Selesai.. Ni tak... Ish3..


     Cop pada tangan tanda sudah mengundi? Hahaha... Sudahlah mudah dipadam, buat kotor je.hehe. Lepas ni patut undi guna id je.. Tulis nama pengundi atau scan je macam scan buku yang dipinjam di perpustakaan. Haa.. Siapa yang berani nak main tipu?XD


    Dari kiri (Aiman), Tengah (Leong Boh Ling/ Our new student council president) dan kanan (saya).

    Like what our president said before:
    Trust me!
    Yeah! I trust you! ^_^

    P/s: Saya penyokong Leong Boh Ling.. Hohoho.. Korang pula sokong siapa? Pas? Parti keadilan? BN? Hahaha.. Sekadar gurauan* (Bagus juga aktiviti mengundi ini dijalankan, sekurang2nya dapat juga merasai suasana mengundi seakan2 pilihan raya)..^_^
    Begitulah hari yang ku rasa indah berlalu pergi..

    Rabu, 22 September 2010

    Cuti raya dah tamat! (Kolej twintech)



    Waaa!
    Rasanya otak ni masih dalam mode raya....hahaha
    XD

    Sabtu, 4 September 2010

    Selamat Bercuti (twintech college sarawak)

    Kepada semua pelajar :

    Twintech college sarawak

    saya ingin mengucapkan..


    dan....



    P/s; Saja nak ucap awal selamat hari raya.. Puasa belum habis lagi.. So, puasa jangan tak puasa! Kalau ada salah dan silap, Minta maaf dari hujung rambut hingga hujung bulu hidung kaki... =D
    Kalau ada duit raya tu, jangan lupa kongsi kat sini..hehe

    Sekian,
    Admin

    Isnin, 30 Ogos 2010

    Tukar jadual kelas baru masa test 1 (twintech kolej)


    Tentu korang benggang kan dengan twintech kolej ni. Asyik2 tukar jadual kelas, baru minggu ke-4.
    Tukar lagi jadual baru..  Lepas raya ni, tak tahulah. Kalau tukar lagi, innalillah.
    Kritikal sangat2lah tu..

    Semalam baru selesai tukar jadual baru.. 2 kelas yang saya ikuti ditutup gara-gara terlalu sedikit pelajar dan twintech kolej perlukan lebih banyak kelas kosong memandangkan ada sesetengah kelas terlalu ramai pelajar. Dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Registration sebab "Friendly" fire. Tak ada yang bad mood masa nak uruskan bab2 ni.. Al maklumlah, bukan seorang dua yang ada masalah dengan jadual baru. Kebanyakkannya "clash" kelas (clash = 2 - 3 kelas pada waktu/masa yang sama).

    Masalah jadual ni dah terjadi sejak dulu kala lagi.. Cheh... =D
    Rasanya, sebelum saya mula menjejakkan kaki di twintech kolej sudah wujud masalah ni. Jadi, apa pendapat/idea korang? Macamana nak kurangkan @ menyelesaikan masalah ni dari wujud lagi? Ada idea tak? Kalau ada, mari kongsi di sini...

    Khamis, 26 Ogos 2010

    Gempak! Login Facebook Dapat Rm100 (Twintech college sarawak)

    Gempak sakan! 
    Login Facebook Dapat 

    Rm100!

    Kah3... Nak ketawa je bila baca pasal benda ni. Mana taknya, hari2 aku login facebook, tak dapat pun Rm100. ahaha..  Tentu korang puas mendengar mengenainya bukan? Lagi teruk, banyak ahli2nya yang suka Spam email korang untuk promote link diorang. Ok2, apa2 pun, bagi yang dah terjoin benda ni, tarik nafas dalam2, tahan dan jangan lepas. Buat ulang2 kali, sebab apa yang bakal saya sampaikan di sini bukanlah berita gembira untuk anda!

    Login facebook dapat Rm100 atau juga dikenali sebagai Infinity Downline salah satu program "Skim cepat Kaya", bukan perniagaan, bukan mlm sebenar. Ianya dikenali sebagai program "Head hunting". Atau dalam bahasa Malaysianya, ajak2 orang join. Register, bayar daftar sebagai ahli kemudian promosi lagi kat orang lain. Bila orang lain join bawah kite, dapatlah komisen. Macam tu lah al kisahnya...

    Ok, mungkin ramai daripada korang teringin dan tertarik dengan login facebook dapat Rm100 ni. Ya, kalau saya tak belajar mengenai skim2 cepat kaya macam ni, saya sendiri pun dah lama join.. =D


    Sekarang, korang pun dah tahu bertapa menariknya skim macam ni. Ianya sangat menarik. Tetapi, korang kena tahu bahaya kalau join program sebegini, dan program ni juga telah disahkan haram oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan korang boleh membaca penerangan beliau selengkapnya mengenai skim ini. Terselit juga pendapat jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi mengenai skim ini, boleh baca di sini: Zaharuddin.net

    Untuk pengetahuan korang, banyak lagi cara untuk buat duit online antaranya affiliate, adsense, ptc dll. Ni, ebook yang saya hasilkan bagi korang yang nak sangat buat duit online. Kerjanya mudah, promosikan je link affiliate korang (akan diberi selepas mendaftar). Bila kawan2 join, korang akan dapat komisen. Rm0.50 per lead/orang yang berjaya anda refer. Klik sini untuk download automatik: Duit oh duit!!

    Jangan risau, program ini bukan skim cepat kaya dan tidak perlu keluarkan sesen pun untuk join. Ianya dikenali sebagai program affiliate ppc (pay per lead). Kalau nak tahu lebih lanjut, cari kat google. =D

    P/s; Mana2 tunjuk perasaan tak puas hati, caci maki, sumpah menyumpah mengenai hal Login facebook dapat Rm100 di blog ini saya akan tandakan sebagai spam. Komen anda tidak akan dipaparkan. Jagalah budi bahasa anda. Terpulang kepada anda sekiranya masih ingin join program sebegini, apa2 jadi. Its your own responsibility.

    Jumaat, 20 Ogos 2010

    Semalam dalam sejarah subjek Proses Pembuatan (twintech college sarawak)

    21/08/2010 (Sabtu)- Sekadar nak cerita mengenai aktiviti semalam sewaktu kelas subjek Proses pembuatan dijalankan. Semalam aktiviti kami sekeluarga sekelas sekadar potong kepingan besi kepada 3 bahagian. 7 cubaan dilakukan, 4 gagal.^_^
    3 kepingan dah siap dipotong dan dikikir dengan cantik, tapi kena "reject" sebab terlalu pendek.. huhu.
    Cubaan kali ke 4, selamat, ke 5 dan ke 6... Opps!! gagal.. dan ke 7, ok..



    P/s: Baru potong sekeping besi dah berpeluh macam kena kejar hantu. Bwahaha.
    Mudah lagi blogging dari bab2 potong memotong ni.. Fuhh...
    -.-

    Khamis, 22 Julai 2010

    Twintech College Sarawak - Seorang Penulis Diperlukan!


    Baiklah, straight to the point!
    Saya menawarkan 1 pekerjaan amal makruf nahi mungkar untuk pelajar atau staff Twintech College Sarawak sahaja untuk menjadi penulis di dalam blog ini. Memandangkan blog ini jarang diupdate, jadi saya perlukan seseorang untuk mengupdatenya dengan berita2 TV3 terkini di Twintech College Sarawak.

    Anda mestilah :
    1. Rajin menulis. (Sekurang2nya mesti mengupdate blog ini sekali seminggu).
    2. Tidak menulis selain dari menggunakan bahasa Malaysia atau Inggeris. Stress pelawat nak membacanya nanti...XD
    3. Tidak menulis sesuatu yang terpesong lagi sesat tiada kaitan dengan Twintech College Sarawak.
    4. Adab menulis kena ada, kalau rasa nak menyindir atau meluahkan perasaan anda tentang Kolej Twintech ini pastikan dengan cara yang baik.

    P/s: Kalau berminat, sila tinggalkan nama dan email anda di bahagian komen..
    Sekian. XD