Ahad, 31 Oktober 2010

Majlis Ilmiah (Twintech college sarawak)


Jumaat - 29/10/2010

Hari yang dinanti2kan telah tiba di mana satu majlis ilmiah telah selamat diadakan di Kolej Twintech Sarawak. Majlis ini dihadiri oleh beberapa tenaga pengajar serta pelajar-pelajar Islam di Kolej Twintech sendiri. Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang hadir pada ketika itu, kalau nak tahu juga, tanya pada lecturer yang bertugas ketika itu. =)

Di dalam Majlis Ilmiah tersebut, beberapa perkara penting telah disampaikan dan tujuannya tidak bukan hanyalah untuk menyedarkan semua pelajar terhadap erti hidup ini. Saksikan seketul sekerat daripada video yang sempat dirakamkan.



Cara penyampaian agak santai . Di samping menyedarkan pelajar, kami (pelajar) agak terhibur dengan apa yang disampaikan. Kalau tak percaya, cuba tengok video di atas. Tidur Ketawa je sepanjang masa.. Apapun, korang boleh download video diatas tu di sini:

-->  Download

Bagi sesiapa yang tidak dapat mendownload atau menonton video di atas, biar saya kongsikan sedikit apa yang disampaikan di dalam video tersebut. Antaranya, pemilihan nama.. Contoh nama Azura.. Punya nampak cantik, tapi maksudnya ta** Asu (anjing)..

Selain tu, mengenai akidah orang terdahulu iaitu Bilal bin Rabah. Sewaktu diseksa oleh tuannya di tengah padang pasir yang panas terik dan diletakkan batu besar di atas perutnya, dia tetap menyebut Ahad! Bermaksud Esa. 1 tiada duanya.. Tetapi kita pula zaman sekarang bila mak bangunkan... Sudin, bangun! Sembahyang subuh! Kita jawab: Ahad! Ahad!... maksudnya cuti lah mak oi....  Ada2 je..

Fikir2kanlah...

Tiada ulasan: