Rabu, 29 September 2010

Twintech college sarawak - The election day to choose the new President of Student Council


Sudahkah anda mengundi?XD
Hari ini Rabu - 29/10/2010 ialah tarikh keramat bagi Twintech College Sarawak kerana buat pertama kalinya mengadakan hari undian secara besar2an untuk mencari President of Student Council!

Macam2 gelagat manusia yang dapat dilihat pada waktu itu, mula2 masuk.. Fuh! Kaget (bukan kangen band), melihat ratusan pelajar Twintech berkumpul di dalam dewan CIDB. Tak tahulah apa nama dewan ni. Yang penting, ianya dewan. Hohoho.

Selepas mencari tempat tidur yang sesuai untuk duduk, sesi bertemuramah berucap oleh kedua2 calon pun bermula. Dan yang saya dapati, kedua2 calon mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan undi dari pelajar lain. Penggunaan video sememangnya menarik dan tidak membuatkan pelajar berasa mengantuk tetapi ada kekurangan sewaktu video itu ditayangkan. 

Apa dia? 

Tujuan... Matlamat.. Video yang dipertontonkan hanyalah lebih kepada gambar2 calon dan ahlinya. Pada pendapat saya, daripada korang tayangkan gambar, adalah jauh lebih baik korang terangkan matlamat/bagaimana korang mampu mengubah kolej ini menjadi kolej terbaik buat kami pelajar2 Twintech yang lain seperti video aksi yang mana menunjukkan kesungguhan, komitmen dan sebagainya.

Tidak cukup itu sahaja, tindakan! Action! Tindakan menampal gambar2 sememangnya berguna sewaktu berkempen agar pelajar lain mengenali calon, namun di situ pun terdapat kekurangan. Berbeza dengan 
calon yang saya undi, dia lebih fokuskan kehendak pelajar yang inginkan perubahan terbaik di Kolej ni.
Maaf! Saya bukan penyokong Pas, Bn atau pun parti keadilan sebab umur belum cukup 21 tahun untuk mengundi. Hoho. Namun, saya menyokong Parti FINE. XD

Saya suka dengar perkataan ni "I love you guys"...
"Went we love someone/peoples, we wont hurt them, but we give them all the best we can!"

Hoho.. Kata2 yang bermakna, dan ditunjukkan pula dengan tindakan (Sewaktu orang lain sibuk promosi tampal gambar sana sini, dia pula siap gi buat survey pelajar2 lain untuk mendapatkan pendapat, cadangan dan sebagainya)... Itulah sebab nya we choose you Boh!XD

We hope for the best, and we think your are the best!

Jom ramai2 add President Student Council kita kat Facebook, klik sini:  Leong Boh Ling

Oh ya, sewaktu pengiraan undian dibuat, banyak undi dikira rosak/tidak dikira!
Kenapa? Sebabnya:
  1. Ada pelajar yang tanda pangkah (X) pada kedua2 parti.
  2. Ada pula pelajar yang tanda betul pada parti pilihannya (Ni kes salah format.hoho)
  3. Ada yang langsung tidak tanda apa2.
  4. Ada pangkah kecil dan terlalu kecil.
  5. Ada yang terlalu strict (tegas) dalam mengira undi. Mana2 tanda pangkah yang tak dilukis sepenuhnya dikira rosak. Woaaaa... Tak adil!
    Bagi saya, daripada main tanda2 pangkah memangkah ni, lagi bagus guna cop. Kan senang! Pegang, Tekan, Masuk (masukkan kertas dalam kotak undi).. Selesai.. Ni tak... Ish3..


     Cop pada tangan tanda sudah mengundi? Hahaha... Sudahlah mudah dipadam, buat kotor je.hehe. Lepas ni patut undi guna id je.. Tulis nama pengundi atau scan je macam scan buku yang dipinjam di perpustakaan. Haa.. Siapa yang berani nak main tipu?XD


    Dari kiri (Aiman), Tengah (Leong Boh Ling/ Our new student council president) dan kanan (saya).

    Like what our president said before:
    Trust me!
    Yeah! I trust you! ^_^

    P/s: Saya penyokong Leong Boh Ling.. Hohoho.. Korang pula sokong siapa? Pas? Parti keadilan? BN? Hahaha.. Sekadar gurauan* (Bagus juga aktiviti mengundi ini dijalankan, sekurang2nya dapat juga merasai suasana mengundi seakan2 pilihan raya)..^_^
    Begitulah hari yang ku rasa indah berlalu pergi..

    2 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    alamak~

    Tanpa Nama berkata...

    cepat juak post,, heeee