Login Facebook Dapat
Rm100!
Kah3... Nak ketawa je bila baca pasal benda ni. Mana taknya, hari2 aku login facebook, tak dapat pun Rm100. ahaha.. Tentu korang puas mendengar mengenainya bukan? Lagi teruk, banyak ahli2nya yang suka Spam email korang untuk promote link diorang. Ok2, apa2 pun, bagi yang dah terjoin benda ni, tarik nafas dalam2, tahan dan jangan lepas. Buat ulang2 kali, sebab apa yang bakal saya sampaikan di sini bukanlah berita gembira untuk anda!
Login facebook dapat Rm100 atau juga dikenali sebagai Infinity Downline salah satu program "Skim cepat Kaya", bukan perniagaan, bukan mlm sebenar. Ianya dikenali sebagai program "Head hunting". Atau dalam bahasa Malaysianya, ajak2 orang join. Register, bayar daftar sebagai ahli kemudian promosi lagi kat orang lain. Bila orang lain join bawah kite, dapatlah komisen. Macam tu lah al kisahnya...
Ok, mungkin ramai daripada korang teringin dan tertarik dengan login facebook dapat Rm100 ni. Ya, kalau saya tak belajar mengenai skim2 cepat kaya macam ni, saya sendiri pun dah lama join.. =D
Sekarang, korang pun dah tahu bertapa menariknya skim macam ni. Ianya sangat menarik. Tetapi, korang kena tahu bahaya kalau join program sebegini, dan program ni juga telah disahkan haram oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan korang boleh membaca penerangan beliau selengkapnya mengenai skim ini. Terselit juga pendapat jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi mengenai skim ini, boleh baca di sini: Zaharuddin.net
Untuk pengetahuan korang, banyak lagi cara untuk buat duit online antaranya affiliate, adsense, ptc dll. Ni, ebook yang saya hasilkan bagi korang yang nak sangat buat duit online. Kerjanya mudah, promosikan je link affiliate korang (akan diberi selepas mendaftar). Bila kawan2 join, korang akan dapat komisen. Rm0.50 per lead/orang yang berjaya anda refer. Klik sini untuk download automatik: Duit oh duit!!
Jangan risau, program ini bukan skim cepat kaya dan tidak perlu keluarkan sesen pun untuk join. Ianya dikenali sebagai program affiliate ppc (pay per lead). Kalau nak tahu lebih lanjut, cari kat google. =D
P/s; Mana2 tunjuk perasaan tak puas hati, caci maki, sumpah menyumpah mengenai hal Login facebook dapat Rm100 di blog ini saya akan tandakan sebagai spam. Komen anda tidak akan dipaparkan. Jagalah budi bahasa anda. Terpulang kepada anda sekiranya masih ingin join program sebegini, apa2 jadi. Its your own responsibility.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan