P/s: Sebelum ku mula bercerita, ingin diingatkan terlebih dahulu. Kisah ini merupakan kisah sebenar, baru je berlaku beberapa jam sebelum nukilan ini ditulis. Mungkin cerita ini agak menunjukkan diri ini bebal atau seorang yang super malang macam Mr. Bean, tapi itulah yang terjadi. Semoga menjadi iktibar.. (Sebarang komen, ketidakpuasan hati,umpat mengumpat adalah dilarang sama sekali, kalau buat juga.. Lu tanggunglah sendiri). Nukilan ini ditulis sekadar untuk iktibar buat diri dan sebagai tanda peringatan sewaktu belajar di TCS.
Hari ini, dalam sejarah manis dan masin hidupku, antara lucu + tragis terjadi sesuatu yang tidak ku sangka-sangkakan. Macam mimpi become realiti pula. Tapi, dah terjadi, apa boleh buat. Gelak aje la.. Hahaha. Hari ini, Exam bermula pada jam 9 pagi, aku sampai ke kolej tepat jam 8.41 pagi. Aku tahu sebab aku tengok jam handphoneku Nokia 6120 classic *Promosi sikit*..
Masih sempat study ni, kataku dalam hati... Dalam keadaan yang serba panik (nak cepat ke library kononnya), aku terus menuju ke notice board di mana jadual Final Exam ditampalkan. tiba-tiba aku terperasan DDW. kod subjek yang aku nak Exam kejap je lagi. Tertulis di sana tempat peperiksaan di CIDB, blok A, seconds floor. Wah!! ish2.. Dari sebut wah,kan bagus lagi mengucap "subhanallah".. Tapi dah terlanjur sebut wah. Aku terkejut tak macam beruk. Macam tak percaya!
Memandangkan tempat peperiksaan untuk subjek tersebut dibahagikan kepada 2, di blok C dan CIDB. Aku buat keputusan untuk memastikan terlebih dahulu nama aku ada ke tak dalam senarai calon yang ambil Exam di blok C. Ku cari turutan nama yang bermula dengan huruf M. Ku perhatikan seketul demi seketul... Mana nama aku ni? Xda pula.. (Kataku dalam hati)...
Adui,gelisah dah dalam hati walau luaran nampak cool & refreshing! Apa lagi, tanpa berfikir untuk kali ke - 1000, Aku terus mengorak langkah menuju CIDB.. Pergh!! Mula-mula berjalan bersemangat, siap kata dalam hati benda ini terjadi ada hikmahnya. Konon-konon hikmahnya aku dapatlah study lebih sikit sebab aku mengagak mungkin akan tiba lewat ke dewan peperiksaan. Baru beberapa minit berjalan, adui.. Lenguhnya kaki.. Hehe.. (nak surrender je rasanya time tu, tapi gara2 Final Exam, teruskan juga).
Tanpa membuang masa, walaupun masa tu tak dapat dibuang... Aku cuba membaca sambil berjalan menuju destinasi iaitu CIDB. Mak ai...Susah juga ek, makin banyak yang dibaca makin binggung kepala ni. (Ingatkan dapat buat kerja 2 in 1, konon macam senang. Ambik ko, susah giler..)
Dengan takdir Tuhan, you and I mana tahu, cun-cun kul 9 pagi aku sampai di CIDB (Dalam bangunan dah). Mula-mula binggung juga kenapa xda senarai nama kat luar pintu. Selepas ketuk 2,3 kali, Sekali, pintu yang ketiga nun jauh di sana terbuka.. Alalala... Di sana rupanya.Patut lah pintu lain terkunci. Ish2.. Bila masuk je, terus diberitahu hanya budak Accounting je ambil Exam. Budak-budak lain semua ambil Exam kat blok C. Alamak (Terkeluar pula perkataan Alamak.. Dah la orang tengah Exam, aku bercakap dengan kuat + selamba lagi tu).. Ish3.. Tapi last2, pemeriksa/penjaga dewan peperiksaan memberi kebenaran kepadaku untuk ambil Exam di sana je. Fiuh! Syukur tak terkata time tu. Aku terus mengambil semua alat tulis
Baru je duduk, berderai air
Mula2 tadi memanglah rasa syukur giler sebab xperlu ulang alik gi kolej untuk ambil Exam, tapi sekali bukak je Exam paper. Nah! Ambik ko! Soalan berbelit2, pastu 4 soalan lari dari apa yang ku jangka akan keluar. Terus otak jem, macam traffik jem. Masa tu, timbul satu perasaan macam the end of the world pula..
Tu baru dunia. Exam je, bleh retake lagi... Di akhirat nun jauh di sana, lu pikirlah sendiri! Wall'ahu alam.. Dari situ,timbul motivasi dalam diri untuk :
- Tidak lagi menangguh2kan study kalau xmau repeat paper lagi.
- Lain kali, more hati2. Jangan terlalu panik, kang jadi lagi sekali macam ni..
- Di hari pembalasan, tiada tapi2, excuse apatah lagi. Jadi, kenalah buat yang terbaik agar xmenyesal xsudah nanti.
Hahaha... Hancur2... Pengganggu terulung orang tengah Exam betul la aku ni.. Ish3.. (Pintu tu mengunakan sistem pintu jenis yang ada slide di atas, yang membolehkan pintu tu tertutup sendiri).. Tak cukup mengganggu orang tengah Exam, repeat paper + entend sem la jawabnya aku ni.. Aduhai..
Kisah ala2 Mr. Bean ku belum terhenti sampai di situ, cun pula waktu aku nak keluar. Ada lagi seorang mamat ni keluar dari dewan peperiksaan. Dengan selambaku bertanya, dapat jawab ke Exam tadi? kemudian, terus dia membalas, saya pemeriksa... (Alahai, hahahaha)...
Tergelak2 sorang-sorang aku sampai balik rumah bila pikir apa yang baru terjadi.. Adui.. Sakit perut.. Tapi, sedih juga ni sebab kena extend sem + repeat paper ni.. Alaaaaaa.....
P/s: Kesilapan yang aku lakukan sewaktu melihat jadual tu berkaitan dengan Kod subjek/kursus dengan Kod Program. Kalau tak faham juga, abaikan..
The End...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan